Tiga minggu selepas menetap di rumah itu,tibalah masanya untuk aku pergi ke sekolah baru.Pagi itu,ibuku menghantarku ke sekolah baru.Setibanya aku di sekolah,ibuku menemaniku masuk ke dalam untuk menunjukkan kelasku.Setelah tiba di depan kelas,ibuku terus meninggalkan aku dan pulang ke rumah.Aku tinggal di situ keseorangan tanpa ada orang yang aku kenali di sisi.
Apabila jarum jam menunjukkan pukul 7.00a.m.,kawan-kawan sekelasku telah datang.Semasa itu,aku berasa sangat malu.Semakin lama semakin ramai yang datang.Aku hanya mendiamkan diri sambil melihat tingkah laku mereka.Tiba-tiba,ada seorang murid yang agak tinggi menegur aku.
"Apa nama kamu?".tegur budak itu.Lalu aku menjawab dengan penuh ramah mesra "Fatihah".Selepas itu,budak itu pun berlalu pergi dari situ.Kemudian,datang sekumpulan pelajar perempuan mendekatiku."Apa nama kamu?"tegur salah seorang daripada mereka.Aku tersenyum lalu menjawab "Fatihah".Aku berasa sangat hairan adakah murid-murid baru seperti aku akan menjalani soal jawab seperti ini?aku berfikir.Setelah beberapa soalan ditanya,mereka pun pergi meninggalkan aku.
Tidak lama kemudian,datang budak yang berbadan agak besar tadi ke arahku lalu betanya "tak turun ke?".Aku mengerutkan dahi lalu bertanya "turun ke mana?".Kemudian budak itu menjawab "turun ke tapak perhimpunan la".Aku terus tersenyum kerana bagaimana aku boleh terlupa bahawa setiap hari pertama sekolah akan ada perhimpunan khas.Lantas budak itu pun mengajak aku turun bersamanya.Aku tidak pula menolak pelawaannya kerana memandangkan aku tidak mempunyai rakan di sekolah ini,baik aku berkawan dengannya bisik hatiku.
Semasa dalam perjalanan ke tapak perhimpunan,aku bertanya "nama kamu apa?".budak itu menjawab sambil berjalan "nama aku aniza".Aku mengangguk tanda faham.Semakin lama semakin rapat persahabatan aku dengannya.Setiap benda yang aku lakukan pasti ada dia di sisi.Aku berasa gembira kerana dia melayan aku dengan baik.
No comments:
Post a Comment