Thursday 6 December 2012

sekolah baru

   Tiga minggu selepas menetap di rumah itu,tibalah masanya untuk aku pergi ke sekolah baru.Pagi itu,ibuku menghantarku ke sekolah baru.Setibanya aku di sekolah,ibuku menemaniku masuk ke dalam untuk menunjukkan kelasku.Setelah tiba di depan kelas,ibuku terus meninggalkan aku dan pulang ke rumah.Aku tinggal di situ keseorangan tanpa ada orang yang aku kenali di sisi.
    Apabila jarum jam menunjukkan pukul 7.00a.m.,kawan-kawan sekelasku telah datang.Semasa itu,aku berasa sangat malu.Semakin lama semakin ramai yang datang.Aku hanya mendiamkan diri sambil melihat tingkah laku mereka.Tiba-tiba,ada seorang murid yang agak tinggi menegur aku.
    "Apa nama kamu?".tegur budak itu.Lalu aku menjawab dengan penuh ramah mesra "Fatihah".Selepas itu,budak itu pun berlalu pergi dari situ.Kemudian,datang sekumpulan pelajar perempuan mendekatiku."Apa nama kamu?"tegur salah seorang daripada mereka.Aku tersenyum lalu menjawab "Fatihah".Aku berasa sangat hairan adakah murid-murid baru seperti aku akan menjalani soal jawab seperti ini?aku berfikir.Setelah  beberapa soalan ditanya,mereka pun pergi meninggalkan aku.
     Tidak lama kemudian,datang budak yang berbadan agak besar tadi ke arahku lalu betanya "tak turun ke?".Aku mengerutkan dahi lalu bertanya "turun ke mana?".Kemudian budak itu menjawab "turun ke tapak perhimpunan la".Aku terus tersenyum kerana bagaimana aku boleh terlupa bahawa setiap hari pertama sekolah akan ada perhimpunan khas.Lantas budak itu pun mengajak aku turun bersamanya.Aku tidak pula menolak pelawaannya kerana memandangkan aku tidak mempunyai rakan di sekolah ini,baik aku berkawan dengannya bisik hatiku.
     Semasa dalam perjalanan ke tapak perhimpunan,aku bertanya "nama kamu apa?".budak itu menjawab sambil berjalan "nama aku aniza".Aku mengangguk tanda faham.Semakin lama semakin rapat persahabatan aku dengannya.Setiap benda yang aku lakukan pasti ada dia di sisi.Aku berasa gembira kerana dia melayan aku dengan baik.

Sunday 2 December 2012

tempat baru

   Jam menunjukkan pukul 7.00a.m.,aku dan keluarga telah sampai di rumah baru kami yang terlatak di Sungai Siput (U),Perak.Dingin masih terasa di tubuh ku.Apabila kami tiba,tanpa banyak berbicara,aku dan kakak-kakak ku membantu ibu dan ayah ku mengangkat barang-barang yang kami bawa dari rumah lama masuk ke dalam rumah baru kami yang agak sederhana tapi cukup untuk kami sekeluarga tinggal di situ untuk sementara waktu.
   Semasa kami masuk ke dalam rumah itu,aku dan kakak-kakak ku terus berlari untuk mendapatkan bilik masing-masing.Aku telah mendapat bilik yang terletak di sebelah bilik ibu ayah ku.Manakala,kakak-kakak ku mendapat bilik yang terletak dihadapan bilik ibu ayah ku.Setelah aku mendapat bilik ku,aku terus menyusun pakaian ku di dalam almari.Begitu juga kakak- kakak dan ibu ayah ku.Setelah selesai,kami sekeluarga pun mengemas rumah.Tidak banyak yang perlu dikemaskan kerana rumah itu telah siap dikemas oleh ayah ku seminggu yang lalu.Sebenarnya,ayah ku telah datang ke rumah ini seminggu yang lalu untuk melihat keadaan rumah tersebut.Oleh sebab itu,ayah terus mengemas rumah tersebut.
   Selepas siap membantu ibu dan ayah ku mengemas rumah,aku terus melangkah ke luar rumah,aku berasa sangat gembira kerana aku melihat suasana di sekeliling rumah ku itu sangat menarik.Udaranya juga nyaman.Beberapa minit kemudian,barulah aku masuk ke dalam rumah semula.
    Tepat jam 7.00p.m.,aku dan seisi keluargaku telah bersiap-siap untuk menunaikan fardu maghrib bersama-sama.Apabila azan berkumandang,kami terus bersembahyang.Setelah selesai,aku terus menuju ke dapur untuk membantu ibuku menyediakan makanan manakala kakak-kakakku menolong ayahku mengemas alatan sembahyang yang telah digunakan.Apabila makanan telah siap terhidang,kami sekeluarga  pun menjamahnya bersama-sama.
    Setelah larut malam,barulah aku masuk ke dalam bilik untuk membuat perkara yang penting bagiku iaitu menulis diari milikku.Pelbagai perkara yang aku catatkan di dalamnya.Apabila siap,aku terus menutup diari tersebut lalu menuju ke katil.Kemudian,aku terus memejamkan mata dan melayan segala mimpi yang datang pada malam itu.